ANUGERAH JUARA FESTIVAL FILEM ANAK MUDA 2022

FFAM2022 MELABUHKAN TIRAI; USM MUNCUL SEBAGAI JUARA KESELURUHAN

USM sebagai tuan rumah telah menyapu bersih kesemua anugerah yang dipertandingkan dalam Festival Filem Anak Muda 2022 (FFAM2022) yang baru melabuhkan tirainya, malam ini.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Acaharstudio yang telah muncul sebagai Juara Keseluruhan dan memenangi kesemua 5 kategori anugerah iaitu Anugerah Sinematografi Terbaik, Anugerah Skrip Terbaik, Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Pelakon Terbaik dan Anugerah Suntingan Terbaik.
Filem pendek terbaik USM yang dinobatkan juara itu berjudul Breathe mengisahkan tentang seorang perempuan yang mempunyai penyakit asma dan ingin melawan penyakitnya dengan menyertai pertandingan tinju.
Acara gilang-gemilang FFAM2022 adalah untuk meraikan karya-karya filem pendek penyertaan yang telah dihasilkan oleh mahasiswa/siswi IPT seluruh negara.
Majlis dihoskan oleh alumni USM, iaitu penyanyi dan pelakon terkenal Malaysia, Arja Lee yang merupakan bekas pelajar Sarjana Muda Seni Persembahan.

289896737 3991042934353773 7135969804669457762 n

 

 
 289850622 3991042687687131 2398087563782950704 n
Foto : Facebook Arts USM
Teks : Facebook Universiti Sains Malaysia

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia