Skip to main content

LAWATAN KERJA KE KAMPUS KESIHATAN USM

USM, Kubang Kerian, 8hb - 9hb Mac 2026 – Pusat Pembangunan Alumni (PPA), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan lawatan kerja ke Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian sebagai inisiatif memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan alumni.

Antara pengisian utama sepanjang lawatan kerja ini ialah Program Ziarah Kasih kepada Profesor Dr. Shaharum Bin Samsudin, mantan Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) yang juga merupakan alumni USM. Sesi ini menjadi platform untuk menzahirkan penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau kepada pembangunan universiti serta mempereratkan hubungan silaturahim antara warga universiti dan alumni.

Pada hari berikutnya, delegasi turut mengadakan sesi perbincangan bersama BHEPA Kampus kesihatan bagi membincangan stratergi perancangan alumni di masa hadapan. Sesi seterusnya diteruskan dengan sesi kunjungan hormat ke Pusat Transformasi OKU–MAIK Kampus Kesihatan USM bersama Timbalan Naib Canselor BHEPA, Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar bin Wan Yahya. Sepanjang sesi tersebut, pihak delegasi telah diberikan penerangan mengenai fungsi serta sumbangan pusat ini dalam memperkasa golongan orang kurang upaya (OKU) melalui pelbagai inisiatif dan program yang memberi impak positif kepada masyarakat.

Lawatan kerja ini kemudiannya disusuli dengan Majlis Iftar Perdana anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan USM, yang menghimpunkan warga universiti dalam suasana penuh harmoni dan keberkatan sempena bulan Ramadan yang mulia.

Semoga inisiatif seperti ini terus memperkukuh jaringan alumni USM serta menyemai nilai kebersamaan, keprihatinan dan khidmat kepada masyarakat selaras dengan hasrat USM.

Kesit 2

Kesit 3

Kesit 4

Kesit 5

Kesit 6