Skip to main content

LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)

 

Program Pemerkasaan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) oleh Pusat Pembangunan Alumni (PPA) USM di Pahang merangkumi beberapa program dan aktiviti iaitu :

1. Sesi Lawatan Penanda Aras ke Pusat Perhubungan Alumni Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

2. Mengadakan Majlis Luncehon bersama Alumni USM Zon Timur tahun 2025 dengan penglibatan

seramai 50 Alumni USM.

3. Lawatan ke Pusat Pengembangan Tenun Pahang Sultan Haji Ahmad Shah, disambut oleh Encik Mohd Fahmi bin Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi PKNP Tenun Pahang Soi Sdn. Bhd. yang juga merupakan alumni USM.

4. Sesi Makan Malam bersama Alumni USM iaitu YB Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

5. Kunjungan Hormat dan Pembentangan Program USM di Pahang kepada YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang yang juga merupakan Alumni USM.

Diharapkan program/aktiviti ini menjadi pemangkin sinergi antara USM dan alumni ke arah jaringan kerjasama yang lebih dinamik dan berdaya saing.

UMPSA2

UMPSA3