Majlis Makan Malam Perdana bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia di Malaysia (PAPTI)
USM, Kuala Lumpur, 23 Januari 2026
Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia di Malaysia (PAPTI) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Perdana bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PAPTI di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.
Majlis bersejarah ini buat julung kalinya menghimpunkan seramai 550 orang alumni daripada universiti di Malaysia dan Indonesia, sekali gus mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi serantau.
Universiti Sains Malaysia (USM) telah diwakili oleh Pusat Pembangunan Alumni (PPA) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), serta turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor BHEPA.
Dalam majlis tersebut, YBhg. Dato’ Seri Abdul Latif bin Awang, Presiden PAPTI merangkap mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Fizik USM, telah menerima cenderahati daripada pihak PPA sebagai tanda penghargaan.
Selain itu, PPA turut mengadakan lawatan pada sabtu 24 Januari 2026 ke Nandong Food Industri, syarikat yang diasaskan oleh Tuan Masduki Mohfot, alumni USM (1990–1992). Lawatan yang diketuai oleh Encik Ahmad Wafi Sahedan, Penyelaras PPA, berlangsung dengan jayanya dan penuh inspirasi.
Inisiatif seumpama ini diharapkan dapat terus memperkukuh hubungan alumni serta menyokong aspirasi dan visi Universiti Sains Malaysia.