Skip to main content

MALAM CITRA LEGASI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-44 PERKUMPULAN MAHASISWA MAHASISWI PAHANG DARUL MAKMUR (PERDAMA) USM

USM, Pulau Pinang | 25 Jun 2026 - MALAM CITRA LEGASI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-44 PERKUMPULAN MAHASISWA MAHASISWI PAHANG DARUL MAKMUR (PERDAMA) USM

Majlis Malam Citra Legasi Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-44 Perkumpulan Mahasiswa Mahasiswi Pahang Darul Makmur (PERDAMA) Universiti Sains Malaysia (USM) anjuran bersama Pusat Pembangunan Alumni (PPA) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utama Desasiswa (DUD), USM.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Nizar Bin Dato’ Sri Mohd Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya. Turut hadir ialah para mahasiswa dan mahasiswi PERDAMA yang memeriahkan sambutan ulang tahun ke-44 persatuan tersebut.

Dalam majlis berkenaan, YB Dato’ Nizar telah menyampaikan ucapan yang penuh inspirasi serta meluangkan masa beramah mesra bersama para mahasiswa dan mahasiswi. Sebagai tanda penghargaan atas kesudian beliau menghadiri majlis, pihak Pusat Pembangunan Alumni telah menyampaikan cenderahati kepada beliau.

Majlis turut diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Tokoh Alumni kepada Hj Abdul Syafiq Bin Hj Ramlan dan Anugerah Tokoh Usahawan Alumni PERDAMA kepada Mohd Zul Fahmi Bin Zahari sebagai pengiktirafan atas sumbangan, pencapaian dan komitmen dalam mengharumkan nama universiti serta memberi inspirasi kepada generasi mahasiswa.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat terus memperkukuh jaringan alumni, memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga PERDAMA serta menyokong aspirasi dan visi Universiti Sains Malaysia dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, berimpak dan berbakti kepada masyarakat.

PERDAMA 1

PERDAMA 2

PERDAMA3