Skip to main content

MESYUARAT MAJLIS ALUMNI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA DAN BENGKEL PELAN STRATEGIK MALUMNI BIL.1/2026

Universiti Putra Malaysia, 31 Januari 2026 – Mesyuarat Majlis Alumni Universiti Awam (MALUMNI) telah diadakan di Bilik Sidang Fotografi, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Bil.1/2026 bersama urusetia dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

Mesyuarat dan bengkel yang dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) serta Pengerusi Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia (MALUMNI) telah dihadiri oleh para pengarah dan pegawai-pegawai universiti awam selaku Ahli Jawatankuasa Majlis Alumni Universiti Awam. Bengkel ini membincangkan program-program yang akan dijalankan pada tahun 2026, termasuk Alumni Madani Run di Putrajaya, Karnival Sukan Madani di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Konvensyen Usahawan Alumni di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Program Back to Campus.

Antara program yang dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM) ialah majlis makan malam yang turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Datuk Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi. Beliau juga merasmikan program Jaringan Alumni Prihatin Universiti Awam 2026 (CAKNA). Majlis diakhiri dengan pemberian cenderamata daripada pihak sekretariat UTEM kepada Ketua Pengarah dan pihak tuan rumah, UPM.

Keesokan harinya, Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku tuan rumah, mengatur program CSR Industri dengan membuat lawatan ke Saudagar Nanas Agrofarm, Kajang yang dimiliki oleh seorang alumni UPM. Delegasi turut dibawa melawat Ladang Farm Fresh dan Kilang Beryl’s Wonderland di Seri KembanganMesyuarat akan datang dicadangkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Malumni 2026 1

Malumni 2026 2Malumni 2026 3Malumni 2026 4Malumni 2026 5