PERBINCANGAN SAMBUTAN 40 TAHUN PERTAULIAHAN ROTU ‘86
USM, Pulau Pinang, 26 MAC 2026-PERBINCANGAN SAMBUTAN 40 TAHUN PERTAULIAHAN ROTU ‘86
Satu sesi kunjungan hormat kepada Dato' Seri Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed yang diadakan di Bangunan Canselori Pejabat Naib Canselor yang diketuai Encik Ahmad Wafi Sahedan selaku Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni (PPA) dan perbincangan bersama beberapa ahli jawatankuasa program yang telah diwakili oleh Puan Hajah Halimatulsaadiah Binti Ali selaku setiausaha program dan ditemani ahli jawatankuasa sambutan 40tahun pertauliahan ROTU'86.
Perbincangan telah diadakan di Pejabat PPA USM bagi memperincikan pelaksanaan Sambutan 40 Tahun Pertauliahan ROTU ‘86. Program yang dianggarkan melibatkan seramai 100 orang ini bertujuan mengimbas kembali kenangan serta pengalaman berharga sebagai siswa dan kadet USM.
Selain itu, penganjuran program ini juga menjadi medium penghargaan kepada pihak universiti yang telah memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk jati diri para alumni sehingga berjaya dalam kerjaya serta kehidupan seharian.
Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya serta terus memperkukuh hubungan silaturahim antara alumni dan universiti, selaras dengan aspirasi memperkasakan jaringan komuniti USM.



