Skip to main content

PHARMACY CAREER SHOWCASE 2026

USM 16 Jun 2026 – Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) mengadakan program ‘Pharmacy Career Showcase 2026’ yang bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai laluan kerjaya dalam bidang farmasi serta mengukuhkan jaringan antara pelajar, alumni, dan pihak industri. Program sehari ini diadakan di Dewan Kuliah X dan Y, Universiti Sains Malaysia.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Tan Chee Pone, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (Pulau Pinang) dan telah disaksikan lebih dari 400 orang pelajar, staf dan alumni. Antara objektif program ini dijalankan adalah meningkatkan kefahaman pelajar tentang keperluan industri dan kemahiran kebolehpasaran, mengukuhkan jaringan antara pelajar, alumni dan pihak industri, meningkatkan keyakinan pelajar dalam merancang kerjaya masa depan dan menggalakkan perkongsian pengalaman daripada alumni PPSF.

Pada majlis yang sama, satu perjanjian MoU ditandatangani di antara USM bersama Novugen Pharma yang melibatkan CIk Felicia Tan dan Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi, Prof. Madya Dr. Nurzalina Abdul Karim Khan. Diharapkan dengan termaktubnya perjanjian antara kedua-dua ini akan memberi kerjasama lebih erat pada masa depan.

Antara alumni yang turut berkongsi pengalaman adalah Encik Amril Radzman Amrahi, ahli farmasi dari Hospital Kulim yang bergraduat pada tahun 2015. Pelbagai cerita dan pengalaman yang dikongsi kepada pelajar yang mengikuti program ini.

Diharapkan program ini dapat memberi input serta melahirkan pelajar Farmasi yang lebih kompeten dan bersedia menghadapi cabaran kerjaya pada masa hadapan dalam pelbagai bidang.

WhatsApp Image 2026 06 24 at 2.51.30 PM

WhatsApp Image 2026 06 24 at 2.51.30 PM 1

WhatsApp Image 2026 06 24 at 2.51.30 PM 2

Ditulis oleh Syahnaz Riza Sukor

Disunting oleh Ahmad Wafi Sahedan

Gambar oleh Pusat Pengajian Sains Farmasi