Skip to main content

PROGRAM KESIAPSIAGAAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN PERKASA PELAJAR KEJURUTERAAN KIMIA MENJELANG KARNIVAL KERJAYA USM

29 April 2026 (RABU)

Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) serta Pusat Perhubungan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Program Kesiapsiagaan Kebolehpasaran Graduan bertemakan “Beyond the Scroll, Equipping the Next Generation of Chemical Engineers” sebagai usaha memperkukuh persediaan pelajar menghadapi dunia kerjaya. Program yang menyasarkan pelajar tahun tiga dan empat ini memberi pendedahan berkaitan trend industri, realiti alam pekerjaan serta jangkaan majikan, di samping membina jaringan profesional antara pelajar dan alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia.

Program tersebut turut mendapat sokongan Pengerusi Jawatankuasa Alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Mohd Azmier Ahmad, dan menampilkan alumni USM iaitu Raja Khairul Anwar Raja Baharudin, Uvannesan Krishnasamy dan Selah Anak Jalak sebagai panel jemputan bagi berkongsi pengalaman serta pandangan industri kepada para pelajar. Ketiga-tiga alumni tersebut kini berkhidmat di Cenergi SEA Berhad, Petronas Chemicals Fertilizer dan (Malaysia) Sdn. Bhd. Menurut Penolong Pendaftar Kanan BHEPA merangkap penyelaras Fasa 1 Karnival Kerjaya USM 2026, Norzita Nanyan, program ini merupakan antara usaha berstruktur ke arah meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan serta persediaan awal menuju Karnival Kerjaya USM 2026 pada 20 hingga 21 Mei ini.

PROGRAM KESIAPSIAGAAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN PERKASA PELAJAR KEJURUTERAAN KIMIA MENJELANG KARNIVAL KERJAYA USM