Skip to main content

Program Personaliti dan Dinamik Organisasi 2026

USM, PULAU PINANG, 12 JANUARI 2026- Program Personaliti dan Dinamik Organisasi 2026 merupakan inisiatif Pelajar Sarjana Kaunseling Universiti Sains Malaysia (USM) melalui kursus PLK568 Isu Ketingkahlakuan dalam Organisasi, dengan kerjasama Pusat Pembangunan Alumni (PPA)

Program ini melibatkan penyertaan staf Pusat Pembangunan Alumni (PPA) dan dirangka bagi memperkukuh kefahaman terhadap personaliti, keserasian individu serta dinamika hubungan kerja dalam organisasi. Melalui gabungan ceramah profesional oleh pensyarah dan tiga sesi kaunseling kelompok yang bersifat reflektif dan praktikal, peserta dibimbing untuk mengenali gaya personaliti diri dan rakan sekerja, seterusnya mempertingkatkan komunikasi, keharmonian dan keberkesanan kerjasama dalam persekitaran kerja.

Diharapkan setiap peserta dapat memperkaya kefahaman diri dan hubungan kerja, sekali gus menyokong pembentukan budaya organisasi yang seimbang, harmoni dan berteraskan nilai, sejajar dengan visi dan misi USM.”