PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN DAN MESYUARAT ALUMNI AMBASSADOR PUSAT PENGAJIAN
USM, Pulau Pinang, 05 Mac 2026-Program Edaran Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan yang telah dianjurkan oleh Pusat pembangunan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) telah berlangsung dengan jayanya pada 05 Mac 2026 di Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), bangunan H20 USM.
Inisiatif ini diadakan bagi menyemarakkan semangat Ramadan di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kampus dan komuniti alumni.
Pada hari yang sama turut diadakan Mesyuarat Bersama Alumni Ambassador Pusat Pengajian, yang bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti dan alumni melalui peranan Alumni Ambassador sebagai penghubung strategik antara pusat pengajian dan komuniti alumni.
Diharapkan usaha seperti ini dapat terus memperkukuh hubungan silaturahim serta meningkatkan penglibatan alumni dalam menyokong pembangunan dan kecemerlangan Universiti Sains Malaysia pada masa hadapan.




