SESI NETWORKING ALUMNI USM @ UMS

UMS5

 

UMS Kota Kinabalu, 5 Ogos 2020- Pusat Pembangunan Alumni (PPA), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menghadiri Bengkel Pemerkasaan Pusat Alumni Universiti Awam dan Mesyuarat bersama Jabatan Pendidikan Tinggi pada 6-7 Ogos 2020. Bengkel tersebut diadakan bagi membincangkan terma rujukan dan status Majlis Alumni UA. Bengkel ini dihadiri 15 Universiti Awam (UA) serta dihadiri oleh mantan Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa JPT, Dr. Zaid Omar.

UMS2

Pihak PPA mengambil kesempatan bagi mengadakan program ‘Santai bersama Alumni USM’ yang berkhidmat di UMS untuk berkongsi perkembangan PPA khususnya dan Universiti secara amnya.

Penyelaras PPA, Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal berkata pihak USM amat mengalu-alukan pandangan dan sumbangan alumni menerusi pengalaman mereka. Alumni berbakti melalui sumbangan idea, kepakaran dan pengalaman mampu memberi impak kepada pembentukan kemahiran insaniah pelajar dan komuniti di USM.

UMS6

Para alumni yang hadir turut berkongsi pengalaman pahit dan manis sewaktu zaman pengajian di bumi Minden. PPA juga mengambil kesempatan menyerahkan borang pengemaskinian maklumat serta edaran Buletin Alumni Vol. 1 kepada rakan-rakan alumni yang hadir ke perjumpaan ini. Turut hadir adalah Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya UMS, Dr. Soon Singh A/L Bikar Singh serta Alumni Ambassador Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Cik Nor Rafizah Md Zain yang turut mengadakan perjumpaan bersama alumni PPPJJ.

                UMS3UMS4

Pihak PPA  juga berkesempatan bertemu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof Madya Dr. Raman Noordin (PhD2010) serta Pendaftar UMS, Puan Vina Zahriani Yusof yang merupakan alumni Komunikasi tahun 1992.

Teks : Syahnaz Riza Sukor Foto : Syahnaz Riza Sukor & Nor Rafizah Md Zain

 

 

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia