BENGKEL PEMURNIAN PEMERKASAAN MAJLIS ALUMNI UNIVERSITI AWAM (UA) MALAYSIA DAN MESYUARAT MAJLIS ALUMNI BIL. 1/2020

 

Tanjung Malim, 28 September 2020 – Pusat Pembangunan Alumni (PPA) menghadiri Bengkel Pemurnian Pemerkasaan Majlis Alumni UA yang berlangsung di Scholar’s Suites Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim Perak.

Bengkel ini dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), selaku Pengerusi Majlis Alumni UA yang mengikuti bengkel tersebut secara atas talian. Beliau membincangkan mengenai usul yang telah dikemukakan di UMS pada 7 Ogos 2020. Antara perkara yang dibangkitkan adalah mengenai Terma Rujukan (TOR) Mesyuarat Bersama Bahagian Mahasiswa Holistik (BMH), JPT, Status Majlis Alumni UA dan program kerjasama dengan BMH, JPT.

Pada bengkel yang sama, Encik Mohd Asri Hj Husain Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut memaklumkan mengenai Program Penempatan Graduan Bersama Usahawan Alumni (PRO-Grad-Alumni) yang akan dilaksanakan pada 16 November 2020 bertempat di USIM, Nilai. Beliau berharap program tersebut dapat mengurangkan masalah pengangguran di kalangan graduan UA serta meningkatkan kerjasama dengan industri dan dapat memperkukuhkan hubungan alumni dan Alma Mater.

WhatsApp Image 2020 09 30 at 00.36.17

Sementara itu melalui bengkel yang sama, turut diusulkan mengenai pelantikan Jawatankuasa Pelaksana Majlis Alumni UA, perbincangan mengenai Perlembagaan Majlis Alumni UA serta bengkel Pemerkasaan Majlis Alumni UA. Melalui bengkel Pemerkasaan Majlis Alumni UA, mesyuarat bersetuju agar memperkukuhkan peranan Institusi Majlis Alumni Universiti Awam melalui penubuhan tiga kluster utama dalam struktur pentadbiran Majlis Alumni iaitu Kluster Jaringan Industri dan Masyarakat, Kluster Kerjaya dan Kluster Perhubungan Alumni dan majlis ini juga dapat membantu dalam pengurusan alumni di UA.

Turut hadir ke Majlis Apresiasi Majlis Alumni UA adalah Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran dan dihadiri oleh semua Pengarah Pusat Alumni UA.

 

Teks dan foto: Syahnaz Riza Sukor

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia