USM ICONIC TALK: 'WHAT HR WANTS FROM YOU'

 LATEST SALINA

USM PULAU PINANG, 22 Oktober – Alumni USM, Puan Siti Salina Mohd Din telah berkongsi sesi Iconic Talk dalam program yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan HEBAT (HDC) dengan tajuk “What HR Wants from You”.

Salina merupakan alumni jurusan Pengurusan, tahun 2003 telah menerima beberapa anugerah sepanjang pengajiannya di USM antaranya adalah Anugerah Canselor dan Anugerah Pingat Emas DiRaja. Beliau mempunyai pengalaman menguruskan perihal sumber manusia di Shell Group of Companies dari tahun 2003 hingga 2012. Seterusnya beliau berkhidmat di NGC Energy Sdn Bhd sebagai Head of Human Resources & Administration hingga kini.

Program yang berlangsung melalui aplikasi webex ini telah disertai seramai lebih dari 600 pelajar dan alumni selama dua jam. Antara intipati utama yang disampaikan adalah mengenai persiapan dan perkara utama untuk menghadapi proses temuduga, Beliau juga menyampaikan teknik dan tatacara menulis resume dengan tepat dan berkesan.

Beliau juga memaklumkan mengenai tiga perkara utama yang perlu ada bagi menempuh alam pekerjaaan iaitu kemahiran (skill based), sikap (behavioral) dan situasi (situational).

 Teks: Syahnaz Riza Sukor

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia