KUNJUNGAN HAAK USM - BERKONGSI PENGALAMAN & MINAT

SALING BERKONGSI PENGALAMAN DAN MINAT

PULAU PINANG, 29 Mac 2021 – Situasi semasa tidak menghalang sekumpulan alumni Himpunan Anak-anak Kelantan Universiti Sains Malaysia (HAAK USM) untuk berkumpul dan saling berkongsi pengalaman dan minat bersama Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Profesor Dr. Aldrin Abdullah.

9BEA7689 E48F 4E22 B5A6 B51D68A2C87B

Mereka berkumpul dan masih akrab disebabkan minat yang sama iaitu bola sepak kerana sepanjang pengajian, padang minden telah menjadi tempat bermain, berlatih dan juga menyertai pelbagai perlawanan.
Program sebegini sangat disambut baik oleh pengurusan USM kerana para alumni juga disarankan untuk menyambung perhubungan bersama rakan-rakan seperjuangan semasa menuntut ilmu serta berkumpul bersama kohort masing-masing.


Alumni yang hadir terdiri daripada pelbagai bidang pengajian dan bergraduasi di antara tahun 1988 sehingga 1999. Masing- masing berkongsi pengalaman sepanjang pengajian mereka di USM dan mengenang kembali saat-saat manis di kampus suatu ketika dahulu di samping tempat-tempat yang masih wujud sehingga kini.
Turut diadakan adalah satu perlawanan bola sepak persahabatan di antara Pasukan Veteran USM dan Alumni USM bertempat di Kopa Arena USM.


Perlawanan persahabatan ini diadakan bagi mengimbau semula kenangan alumni HAAK yang juga merupakan bekas USM Tigers sepanjang pengajian mereka di sini.
Sebelum sesi perlawanan, Aldrin turut menjemput para alumni yang hadir untuk melawat The Bricks di samping berkongsi perkembangan terkini mengenai penambahbaikan desasiswa yang sedang berlaku di Universiti.
Turut hadir adalah Naib Canselor Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi Profesor Dr. Md Roslan Hashim dan Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni, Sharifah Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal.


Teks: Nor Rafizah Hj Md Zain

Foto : Syahnaz Riza Sukor

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia