JOM KEMBALI KE DESASISWA - SECARA DALAM TALIAN

JOM KEMBALI KE DESASISWA SECARA DALAM TALIAN

PULAU PINANG , 6 Mac 2021 - Lebih 100 mantan MPP, MPD, PPMS, PPSL dan ahli persatuan-persatuan telah menghadiri sesi perjumpaan secara atas talian anjuran Majlis Penggawa Desasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah diadakan pada 6 Mac 2021. Perjumpaan santai yang dipengerusikan oleh Encik Zulkifli Che Hussin, Penggawa Desasiswa Cahaya Gemilang ini membincangkan perkembangan terkini masing-masing serta program terkini desasiswa dan Universiti.

poster pemimpin pelajar


Timbalan Naib Canselor BHEPA, Profesor Dr. Aldrin Abdullah berkongsi mengenai program Adopt Your Hostel Room @USM yang telah Berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM46,200 serta mengalu-alukan sumbangan daripada alumni yang ingin menyumbang kembali kepada bilik desasiswa mereka. Selain itu, projek Staycation@Desasiwa juga sedang dalam perancangan di mana bilik-bilik Desasiswa akan disewakan serendah RM 20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak dibawah 12 tahun kepada para alumni yang ingin mengimbau semula pengalaman di kampus bersama keluarga.


Turut berkongsi pandangan dan idea pada malam itu adalah Encik Nazru Ismail, mantan Pendaftar DRB-HICOM mengenai pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di BHEPA dan sebagai Penggawa. Dikenali sebagai seorang yang sangat tegas dan pengalaman yang beliau tidak dapat lupakan adalah ketika mengendalikan program-program bersama pelajar di luar kampus selama lebih 40 hari berkampung di kampung pedalaman di Kedah.

 

MPP Webinar1
Sesi ini juga turut dihadiri oleh Dr. Mohamed Maliki Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang sama-sama berkongsi pengalaman beliau semasa menginap di Desasiswa sewaktu pengajian di USM. Maliki sebelum ini merupakan Penggawa/ Pegawai yang telah berkhidmat di USM selama lebih dari 15 tahun sebelum berpindah ke IYC. Dr. Maliki juga turut bersetuju untuk menyumbang bagi program Adopt Your Hostel Room @USM.


Selain itu rata-rata alumni turut memberi pandangan mengenai peranan Persatuan Alumni USM (PAUSM) dan bagaimana untuk menarik lebih ramai alumni untuk menyertai program yang dianjurkan serta ada cadangan daripada Encik Azad Jasmi mengenai konsep “Post Graduate Contribution” iaitu program bagi para alumni untuk menyumbang apabila melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Tinggi di USM


Teks & foto : Syahnaz Riza Sukor

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia