KEMERDEKAAN MALAYSIA: APA KATA ALUMNI KITA?
25 Ogos 2021
Dalam masa kurang daripada seminggu, seluruh rakyat Malaysia akan meraikan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64.Tahun ini, kedatangan Bulan Kebangsaan atau Kemerdekaan sekali lagi disambut dalam suasana normal baharu pandemik COVID-19 seperti tahun lepas.
Biarpun dalam keadaan normal baharu, usaha menyemarakkan semangat cintakan negara harus diperhebat dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda sekali gus menelusuri erti kemerdekaan yang sebenarnya.
Kita semua tahu pada detik 31 Ogos 1957, negara kita telah bebas daripada cengkaman penjajah dan memungkinkan kita membentuk negara bangsa diri yang merdeka dan berdaulat.
Mengambil kesempatan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, Alumni Bulletin USM telah menemu bual beberapa alumni USM dari latar belakang berlainan untuk mengetahui apakah harapan, aspirasi atau impian mereka dalam menyambut Hari Kemerdekaan kali ini, yang pastinya terdapat kelainan berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini, berikutan negara dan dunia masih dilanda pandemik COVID-19.
Berikut ialah petikan-petikan temu bual tersebut:
Kompilasi & Suntingan: Marziana Mohamed Alias & Tan Ewe Hoe