ALUMNI HEBAT @ SUKAN

F10D16CA 09F2 4584 B73F 46E4D9D6C021

22 Ogos 2021 – Pusat Sukan Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan program Sembang Santai Sukan USM. Program ini dipanelkan oleh dua alumni sukan iaitu Dr. CheMohd Aziz Yaacub, (PhD ’13) merupakan bekas atlet sepak takraw USM dan Encik Mohd Arif Redza @ Kilau, MBA (Service Science, Management and Engineering ’13) adalah caretaker USM Jokers bagi sukan ragbi. Perkongsian ini diadakan melalui saluran Facebook Rasmi Arena Sukan USM dan dihadiri lebih dari 50 orang pengunjung.

Melalui FB Live tersebut,kedua-dua alumni turut berkongsi pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan sepanjang menyertai acara sukan dan mewakili USM di dalam pelbagai peringkat pertandingan.

Menurut ahli panel , sukan merupakan satu platform untuk warga USM bersatu tenaga tanpa mengira pangkat dan taraf akademik, di samping turut mengekalkan gaya hidup aktif ke arah pembangunan insan. Semangat berpasukan yang telah diaplikasi melalui pelbagai rentak acara sukan menjadi satu titik tambah kepada nilai kendiri dari semasa ke semasa dan menjadikan seseorang itu lebih berkemampuan untuk menambah kualiti kehidupan harian. Kedua dua alumni turut berasa rindu akan USM dan akan menyumbang semula kepada menara ilmutercinta jika ada peluang berbuat demikian.

Mereka turut bersetuju program sebegini dapat menjadi agen penyatuan di kalangan alumni dan warga USM secara amnya.

Teks : Cik Puan Syahnaz Riza Sukor

Foto : Pusat Sukan Universiti Sains Malaysia.

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia