KONVENSYEN ALUMNI ANTARABANGSA DAN PERTANDINGAN INOVASI (INACIX 2021)
20 September 2021, Universiti Sains Malaysia –Unit UTM Alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Unit Alumni Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) menganjurkan Program Konvensyen Alumni Antarabangsa Dan Pertandingan Inovasi (INACIX 2021). Penganjur bersama bagi program inimelalui Majlis Alumni Universiti Awam (UA) terdiri dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Temabagikonvensyen iniadalah ‘Alumni Catalyst for the Future of the Nation’.
Di dalam sesi pembentangan semasa konvensyen tersebut, dua peserta dari Pusat Pengajian Sains Komputer, USM saudara Musab Hussein Ahmed dan saudari Nur Nafiisah Najihah telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk ‘Interactive Alumni Tracking Dashboard Using PowerBI’. Sebanyak enam belas (16) kertas kerja telah dibentangkan semasa konvensyen tersebut.
Konvensyen ini diadakan melalui tele-sidangserta melalui Facebook Alumni UTM dan dihadiri lebih dari 90 orang yang terdiri dari kalangan staf akademik dan pentadbir dari Universiti Awam di Malaysia. Konvensyen ini dirasmikan oleh YBhg Prof Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM serta dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Raman bin Noordin selaku Pengerusi Majlis Alumni Universiti Awam (UA).
Di akhir konvensyenini, UTM Alumni turut melancarkan Global Chapter Alumni – Nigeria serta majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Inovasi yang disertai lebih dari 20 peserta dari UTM.