KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UPM KE PUSAT PEMBANGUNAN ALUMNI USM

WhatsApp Image 2021 11 30 at 8.07.50 AM

12 November 2021 – Pusat Pembangunan Alumni Universiti Sains Malaysia (PPA USM) menerima kunjungan hormat dari Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi sesi rakaman video. Rakaman ini bertujuan untuk mengumpulkan footage setiap Pusat Alumni Universiti Awam (UA) bersempena sambutan pelancaran Majlis Alumni UA yang akan diadakan pada 9 Disember 2021.

Pihak UPM disambut oeh Penyelaras PPA, Puan Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal serta seluruh staf PPA. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut berkongsi secara ringkas mengenai mengenai keterfungsian pusat tanggungjawab alumni dalam menguruskan pertalian antara alumni dan alma mater.

Pihak UPM dibawa melawat The Bricks dan Purple Republic bagi melengkapkan sesi rakaman tersebut. Rakaman video tersebut akan turut memaparkan secara ringkas pusat alumni universiti-universiti awam yang lain.

Kunjungan UPM diketuai oleh Encik Mohd Sahrizan Mat Yatim dan turut diwakili tiga (3) lagi pengurusan yang terdiri daripada Encik Abdul Waffy Ubaidillah , Encik Mohamad Norfarhan Norzaini dan Encik Alif Akram Mohd Isnaini.

Teks & Photo : Encik Mohamad Syukran Abdul Rahman @ Omar

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia