HIGH-TEA TNC BERSAMA PAUSM 2019/21 

 

26 November 2021, Pulau Pinang – Pusat Pembangunan Alumni (PPA) dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Profesor Dr. Aldrin Abdullah telah mengadakan sesi perjumpaan santai bersama Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM). 

Sesi tersebut diadakan bagi mengalu-alukan kedatangan para JKE PAUSM bagi menghadiri sesi AGM ke-28 pada 27 November 2021. Selain menghargai jasa dan sokongan yang berterusan pihak PAUSM, Aldrin turut memaklumkan secara ringkas mengenai perkembangan Universiti dan aktiviti PPA. Beliau turut memperkenalkan The Bricks kepada ahli JKE serta memperkenalkan setiap seksyen dan fungsi tempat tersebut.  

Presiden PAUSM, Mohd Aziz Ismaon berkata pelbagai cabaran yang dihadapi semasa negara dan seluruh dunia berhadapan dengan pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, pihak PAUSM masih terus berusaha untuk melakukan aktiviti secara berpusat.  

“Kutipan Covid-19 daripada para alumni hasil kerjasama PAUSM dan PPA memberi impak yang besar kepada Universiti sekaligus menunjukkan prihatin para alumni kepada bakal-bakal alumni USM” kata Aldrin.

WhatsApp Image 2021 12 02 at 12.44.38 PM

Kedua-dua pihak berharap kerjasama antara JKE PAUSM yang baharu dan PPA akan terus aktif bagi menyokong hasrat Universiti serta mengukuhkan jaringan alumni USM dari masa ke semasa. 

Turut hadir adalah Penyelaras PPA, Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal, Timbalan Presiden PAUSM Dato’ Taizoon Hyder, JKE daripada PAUSM serta staf PPA.

WhatsApp Image 2021 12 02 at 12.44.39 PM

 

Teks & Photo : Syahnaz Riza Sukor 

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia