AGM PERSATUAN ALUMNI USM KE-25

                                         Maliki webAziz web

Pulau Pinang, 25 November- Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM), Pulau Pinang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni USM kali yang ke-25 bertempat di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa (KOMCA), USM. Seramai lebih daripada 50 ahli PAUSM yang berdaftar telah menghadiri mesyuarat ini untuk meluluskan agenda mesyuarat serta memilih Jawatankuasa Eksekutif PAUSM yang baru bagi penggal 2021-2023.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (HEPA), Profesor Dr. Aldrin Abdullah. Dalam perasmian tersebut, Timbalan Naib Canselor membentangkan perkembangan alma mater terkini serta projek-projek Pusat Pembangunan Alumni (PPA) dan HEPA. Antara yang dikongsi adalah perkembangan projek Adopt Your Hostel Room @USM (AYHR@USM) yang turut menerima sumbangan daripada Presiden PAUSM yang baru dilantik bagi sebuah bilik di Desasiswa Aman Damai. Selain itu, beliau memaklumi ahli bahawa setiap pelajar baru USM akan menerima kad ucapan daripada Naib Canselor sebagai mengalu-alukan kedatangan mereka ke USM.

“Projek AYHR@USM telah membantu Universiti untuk menaik taraf bilik-bilik di Desasiswa. Secara tidak langsung, projek ini dapat memupuk minat para pelajar untuk mengenali para alumni yang telah menyumbang semula kepada Universiti ini. Nilai-nilai ini diharapkan dapat diteladani oleh para pelajar supaya mereka juga akan menyumbang semula kepada Universiti. Saya yakin melalui projek ini banyak kerjasama dan jaringan yang dapat dilaksanakan antara PAUSM dengan USM amnya” kata Aldrin

Sebelum merasmikan AGM tersebut Aldrin mengalu-alukan kedatangan semua alumni dan menjemput para alumni untuk melawat The Bricks setelah selesai mesyuarat tersebut.

Turut hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Ke-25 ialah ahli Lembaga Gabenor USM, Encik Noor Azam Mohd Noor, Timbalan Naib Canselor Kelestarian dan Pembangunan Institusi (KPI), Profesor Dr. Md Roslan Hashim, serta Penyelaras PPA, Puan Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal.

AGM4 edit

Dalam mesyuarat ini, Presiden PAUSM bagi penggal 2019-2021, Tn. Hj. Mohd Aziz Ismaon telah mempengerusi Mesyuarat Agung ke-25 dengan membentangkan laporan sepanjang penggal 2019-2021. Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi pemilihan jawatankuasa baru yang dipengerusi oleh Dr. Ahmad Ezanee Mansor.

Dalam pengundian yang dijalankan, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee telah dipilih sebagai Presiden PAUSM yang baru bagi penggal 2021-2023.

         SENARAI AHLI JAWATANKUASA PAUSM 2021-2023

AGM7 edit

Presiden: Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (B.of Arts ‘1998)

Timbalan Presiden: En. Muhammad Iqbal Ismail (B.of Eng ’06)

Setiausaha Agung: Dr. Khairul Anuar Shariff (M.Sc ’11)

Penolong Setiausah Agung: Pn. Siti Zaharah Jemaron (B.S ’07)

Bendahari: En. Shamsudin Husin (B.A.S ’02)

Exco:

1. En. Kamarul Badlishah Kamarulzaman (B.of Eng ’99)

2. En. Kumanan Kandasamy (M.of Public Adm ’14)

3. En. Mustaqin Alpi (M.Sc ’18)

4. Pn Mu’azzah Ismail (B.Comm ’06)

5. En. Mohd Azad Jasmi (B.of Mgmt ’98)

Juruaudit:

1. Dr. Zulfahmi Mohamed Jaafar (M.Sc. ’12)

2. En. Mohd Zulkarnain Mohamad Tajulariffin (M.Public Adm ‘ 14)

 

Teks: Dr. Khairul Anuar Shariff 

 

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia