SAMBUTAN HARI ALUMNI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

 

SERDANG SELANGOR, 9 Disember 2021- Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia (MAUAM) telah ditubuhkan pada 18 Julai 2020 dengan persetujuan 20 Pengarah Pusat Alumni UA dan telah menyambut ulang tahun yang pertama dengan penganjuran Sambutan Hari Alumni Universiti Awam Malaysia. Tujuan penubuhan MAUAM adalah untuk memperkasakan agenda pengurusan alumni di negara ini dan memperkukuhkan peranan alumni bersama Alma Mater.

7E38CA8E 93FE 4AB1 B1F3 E20F52386FE8
Sambutan Hari Alumni ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Governan IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Ahamd Rizal Adnan yang mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPT, Profesor Dato’ Dr.Husaini Omar.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua atas penubuhan Majlis Alumni Universiti Awam yang merupakan Majlis yang kesembilan ditubuhkan di bawah Sekretariat Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

“Langkah memperkasakan institusi alumni di Malaysia yang melibatkan 20 buah Universiti Awam mempunyai sejarah yang panjang kerana usaha penubuhan Majlis Alumni Universiti Awam telah lama dibincangkan.

“Kewujudan Majlis ini menjadi kemuncak kepada usaha memartabatkan institusi Alumni agar seimbang dengan peranan yang dimainkan dalam pembangunan pelajar,” tambah Ahmad Rizal.

 2AADEFAE 038A 4C06 88B3 F9CDAB4212EA

Di samping itu, beliau turut menyatakan enam teras utama agenda Pusat Alumni iaitu pengesanan alumni, pembudayaan alumni, penjanaan sumber kewangan, pembangunan bakal alumni, penjagaan kebajikan alumni dan sumbangan alumni kembali ke Universiti.

Sementara itu, Pengerusi MAUAM yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS),  Profesor Madya Dr. Raman Noordin, menyatakan hasrat beliau agar visi dan misi Majlis Alumni UA setanding dengan universiti antarabangsa serta merapatkan ukhwah alumni dengan Alma Mater secara komprehensif dan sistematik agar alumni Universiti Awam di Malaysia juga dapat menjadi seperti Alumni dari universiti luar negara yang ternama seperti Harvard University.  

“Bagi memastikan penubuhan MAUAM dapat berfungsi secara optimum, tiga teras perlu dititikberatkan di bawah pengurusannya iaitu Teras Pemerkasaan Alumni; Teras Jaringan Industri dan Masyarakat dan Teras Kerjaya,” tambah Raman.

E5FB0EA2 E82D 4BB2 B38F 882C6F45A37F

MAUAM telah menganjurkan pelbagai program yang dapat membantu dalam meningkatkan penjenamaan alumni di Malaysia seperti Majlis Sambutan Hari Alumni, International Alumni Convention and Innovation Exhibition dan Konvensyen Alumni Universiti Awam. MAUAM juga bakal menerbitkan buku Perkongsian Amalan Terbaik Pengurusan Alumni dan juga Direktori Usahawan Alumni.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur Majlis Sambutan Hari Alumni Universiti Awam walaupun terdapat pelbagai kengkangan terutama pandemik Covid-19 majlis ini dapat dianjurkan dengan jayanya dan berjalan lancar,” kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkap Jawatankuasa Penganjur Majlis Sambutan Hari Alumni UA, Profesor Dr. Ariffin Abdu.

48591EF6 A009 45E8 9A07 74BF3FC56B59

Pelbagai program dianjurkan sempena Sambutan Hari Alumni ini termasuk Forum Kebersamaan Alumni Universiti Awam serta pameran yang dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni UKM dan Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) yang disertai lebih dari 5 Universiti Awam termasuk Pusat Pembangunan Alumni (PPA), Universiti Sains Malaysia.

Teks: Syahnaz Riza Sukor

Suntingan: Nor Rafizah Binti Haji Md Zain

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia