PROGRAM KHAS KULINARI BERSAMA CHEF ROSEMAH IBRAHIM – MASTERCHEF MALAYSIA (B. OF ARTS 1987).

 

Chef Rosemah

 

22 JANUARI 2022, Universiti Sains Malaysia – Pusat Pembangunan Hebat (HEBAT) dan Pusat Pembangunan Alumni (PPA) telah menganjurkan Program Khas Kulinari 2022 bersama Chef Rosemah Ibrahim (B.of Arts 1987) di Kompleks Siswaniaga USM. Program ini ditaja oleh Gomarr Brainwave Culinary. Program ini menawarkan peluang untuk menimba ilmu bagaimana untuk menjana pendapatan melalui pelbagai cara yang akan dikenalpasti dapat membantu bakal usahawan dalam mendapatkan formula untuk mengeluarkan produk makanan dengan kos yang minima dan seterusnya dapat menjana margin keuntungan yang tinggi.

cr 1

 

Program yang dijalankan selama satu hari dihadiri dari alumni, staf USM dan para usahawan yang berminat untuk memasarkan rendang serta beberapa masakan tradisional Melayu dengan cara penyediaan yang simple, senang dan sedap! Melalui program ini juga, peserta diberikan ilmu penyimpanan makanan-makanan yang disediakan mengukut kaedah sains kulinari dan teknologi makanan yang dapat memberikan makanan tersebut mampu bertahan lama sehingga satu tahun.

Berkongsi pengalaman sebagai Alumni dalam bidang Komunikasi, Chef Rosemah mengimbas kenangan sewaktu belajar di USM dari tahun 1984 sehingga 1987 serta menjadi ahli PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) di mana beliau bertemu cinta hati iaitu arwah suaminya Roslan Mohd Ali, alumni Sarjana Muda Sains 1988. Ibu kepada 4 cahaya mata ini amat meminati dunia masakan serta berpeluang menyertai pertandingan Masterchef Musim Pertama Astro atas dorongan anak-anaknya.

cf 2

Peserta bagi program ini berpeluang untuk mempelajari teknik asas penyediaan rendang, bahan-bahan penting untuk menyediakan rendang, kaedah pembungkusan, kaedah tahan lama dan kaedah costing. Antara menu rendang yang disediakan adalah rendang Nismilan, rendang Minang, Rendang Pucuk Ubi, Rendang Tok dan lain-lain.

Peserta juga menerima sijil penyertaan dari Gomarr Brainwave. Gomarr Academy menawarkan kursus-kursus kulinari samada dalam bidang masakan Melayu mahupun Barat. Gomarr Academy juga mendapat pengiktirafan untuk menjalankan kursus di peringkat Diploma dan Sijil daripada London Examinations Board (LEB), London dan UTMSpace.

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia