IKATAN ALUMNI HAAK & USM DI ARENA PADANG BOLA SEPAK

WhatsApp Image 2022 06 13 at 10.27.43 AM

PULAU PINANG, 10 Jun 2022 –

Sekumpulan alumni Himpunan Anak-anak Kelantan Universiti Sains Malaysia (HAAK USM) masih meneruskan minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak melalui kunjungan dan perlawanan persahabatan bersama alumni USM di Kopa Arena, padang bola sepak USM.

Keakraban sesama alumni HAAK dan semangat kesukanan yang tinggi dalam diri mereka membuatkan tradisi mengunjungi alma mater tetap diteruskan pada pasca negara berada dalam situasi endamik pada masa kini.

Pihak Universiti amat menyambut baik kunjungan seperti ini disamping menghidupkan budaya interaksi antara kedua-dua belah pihak iaitu alumni & universiti bahkan lebih mengharapkan program-program yang lebih berskala besar dapat dijalankan pada masa hadapan untuk garapan yang lebih holistic.

Kunjungan pada kali ini terdiri daripada 30 orang alumni HAAK yang hadir terdiri daripada pelbagai bidang pengajian dan bergraduasi di antara tahun 1994 sehingga 1998.

Masing-masing menunjukkan keterujaan mereka dalam mengenangi memori ketika mengikuti pengajian di USM.

Perlawanan antara Alumni HAAK Veteran bersama USM Tigers pada kali ini berdurasi 1 jam 30 minit menunjukkan perlawanan yang sangat berdaya saing sekaligus memangkin nilai bersahabatan antara kedua-dua buah pasukan.

Asmizan Majib, alumni jurusan Sains Gunaan menyatakan “Saya berharap agar program kesukanan seperti ini dalam direncanakan pada masa akan datang justeru ikatan antara alumni dan USM, dapat dijalinkan secara berteruskan.

Seusai perlawanan berakhir, kedua-dua pihak turut berkongsi kegembiraan melalui masa dan usaha yang telah dilaburkan, disamping memangkin budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat..

Teks : Mohamad Syukran Abdul Rahman @ Omar

Foto : Kopa Arena

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia