KUMPULAN TERAWAL ALUMNI MINDEN JOKERS KEMBALI KE KAMPUS MENGIMBAU KEMBALI ASAL USUL PENUBUHANNYA DAN NOSTALGIA KEHIDUPAN KAMPUS

YBhg. Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor hari ini berbesar hati menerima kunjungan seramai lebih kurang 25 orang alumni USM yang merupakan kumpulan awal yang menubuhkan Minden Jokers iaitu pasukan ragbi USM pada tahun 1979. Stadium Olahraga USM telah dijadikan tempat pertemuan kali pertama ini.

 

290323362 5335124999881823 7377168185076631893 n

Program yang dinamakan “Minden Jokers Homecoming & Reunion 2022” julung-julung kali diadakan dan ada antara ahlinya yang teruja menjejakkan kaki kembali di bumi Minden setelah 42 tahun meninggalkan kampus. Mereka juga teruja bertemu kembali teman-teman seperjuagan dahulu dan melihat pembangunan kampus yang telah berubah semakin pesat berbanding zaman mereka dahulu.
290159005 5335125199881803 8082423958958552215 n
Program Minden Jokers Homecoming & Reunion 2022 diselaras oleh Encik Ab Jabbar Abdullah dan dibantu oleh Encik Tajuddin, Y.Bhg. Dato’ Seri Mortadza Nazrene dan lain-lain ahli yang merupakan alumni Minden Jokers terawal. Turut hadir dalam pertemuan ini Tuan Haji Idrus Haji Rapie, Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM dan lebih kurang 40 orang pelapis Minden Jokers USM.
Sumber : ARENA SUKAN USM (FB)

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia