LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT ALUMNI DAN KHIDMAT KERJAYA UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UniKL) KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA.
8 September 2022, Universiti Sains Malaysia – Pusat Alumni dan Khidmat Kerjaya Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mengadakan lawatan Penanda Aras ke Pusat Pembangunan Alumni (PPA) Universiti Sains Malaysia yang diadakan di The Bricks.
Lawatan delegasi ini diketuai oleh Pengarah, Encik Azrul Hisyam Abdul Rahman, Ts Dr. Abdul Hadi Mohamad Timbalan Pengarah Pusat Alumni dan Khidmat Kerjaya UniKL, Puan Nur Azween Eksekutif Kanan serta beberapa staf dari pelbagai cawangan UniKL.
Perbincangan lawatan Penanda Aras ini dimulai dengan kata-kata aluan dan juga pembentangan dari Cik Syahnaz Riza dan Cik Azmien Ielia Mohd Khairunizan, Pegawai Teknologi Maklumat dari Pusat Pembangunan Alumni Universiti Sains Malaysia. Sesi perkongsian ini memaparkan pertalian yang memangkin hubungan antara alumni dan alma mater, sekaligus program-program libat sama yang dianjurkan dari semasa ke semasa.
Majlis perbincangan berakhir dengan pembentangan dari Encik Azrul Hisyam mengenai latar belakang UniKL serta sesi soal jawab antara kedua-dua pihak.Pihak UniKL mengucapkan ribuan terima kasih di atas layanan mesra USM dan diharapkan lawatan seperti ini dapat menjalin kerjasama antara universiti awam dan pihak luar serta dapat memberi manfaat antara kedua-dua universiti. Beliau turut mengemari konsep yang dibawakan oleh USM iaitu Adopt Your Hostel Room @ USM yang mempereratkan hubungan antara alumni dan university, sekaligus memangkin keperluan alumni untuk kekal berbakti kepada universiti mereka.
Lawatan penanda aras ini turut dilanjutkan ke Persatuan Alumni USM untuk memperlihatkan cara-cara PAUSM mengendalikan pengurusan alumni serta kebaikan-kebaikan yang diperoleh ketika menjadi ahli PAUSM. Garapan seperti ini dapat memangkin kebaikan yang berpanjangan dan memberikan impak positif kepada pelbagai pihak, sekaligus menjana pembangunan modal insan negara.
Teks : Syahnaz Riza Sukor & Mohamad Syukran Abdul Rahman @ Omar