BENGKEL PENGURUSAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN DAN PENGURUSAN ALUMNI UNTUK PENTADBIR UNIVERSITI 2022

 

gambar 1

 

 

Pulau Langkawi, 27 September 2022 – Pusat Alumni dan Kerjaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bekerjasama dengan Teras Pembangunan Profesional Alumni, Majlis Alumni Universiti Awam (MAlumni), Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) dan Majlis Persatuan Pegawai Tadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) menganjurkan Bengkel Pengurusan Kebolehpasaran Graduan dan Pengurusan Alumni Untuk Pentadbir Universiti. Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan membantu profesionalisme pentadbir Universiti Awam dan meningkatkan kemahiran pentadbiran dalam pengurusan alumni dan kebolehpasaran graduan.

gambar 2

Lebih 100 peserta yang terdiri dari pegawai dan kaunselor dari Universiti Awam di Malaysia menyertai bengkel yang berlangsung selama 2 hari di Hotel Adya, Pulau Langkawi. Bengkel ini dirasmikan oleh Y.Bhg Profesor Madya Dr. Sabri Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Turut hadir ke bengkel ini adalah Mohd Raizalhilmy Mohd Rais, Pengurus HRD Universiti Malaysia Pahang (UMP) selaku Timbalan Presiden 1 (Bakat) MASTI.

Beliau turut menyampaikan taklimat berkaitan ‘Memperkasakan Peranan Pentadbir Dalam Pengurusan Organisasi Universiti’ yang merangkumi intipati scenario semasa bagi penjawat awam dalam mengendalikan tugas-tugas harian, sifat-sifat kerja kelas pertama serta kaedah-kaedah membentuk organisasi yang mentadbir optimum dan efisien.

gambar 3

Turut diharapkan oleh peserta-peserta yang terlibat, agar program seperti ini dapat terus dijana dari semasa ke semasa berikutan impaknya yang bukan sahaja dapat mengadaptasi kelebihan di jangka masa kini, malahan mampu berubah magnitud pentadbiran di masa hadapan sekaligus memangkin pembangunan insaniah dan negara.

Teks : Syahnaz Riza Sukor & Mohamad Syukran Omar

Foto : Syahnaz Riza Sukor

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia