PENGANUGERAHAN TAULIAH KOMANDER(KEHORMAT) PSSTLDM

 

 tnc komander kehormat

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Azlinda Azman hari ini hadir pada Majlis Pemakaian Pangkat sebagai Komander (K) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).

Majlis pemakaian pangkat berkenaan telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany di KD Sri Gombak, Kuala Lumpur.

Seluruh warga USM mengucapkan sekalung tahniah kepada Profesor Dr. Azlinda Azman atas pelantikan yang diterima ini.

 

Teks: Facebook Universiti Sains Malaysia
Gambar: Facebook BHEPA USM

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia