BACK TO CAMPUS @ USM 2023

perkasa1

Perkumpulan Anak-anak Sarawak (PERKASA) Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Program Back to Campus @ USM 2023 iaitu sebuah program yang mengumpulkan Persatuan Alumni (PA) Sarawak dengan kehadiran Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Ahli Dewan Undangan Negeri N.35 Saribas merangkap Penaung PAUSM Sarawak, YB Mohammad Razi Sitam.

Seramai 49 ahli PERKASA yang hadir dan menganjurkan program makan malam BBQ yang bertempat di Red House USM.

Hadir sama pada majlis adalah Presiden PAUSM, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee bersama Presiden PAUSM Sarawak, Hj. Hafisz Rachman Drahman serta 3 orang alumni Sarawak yang lain.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PAUSM ke-26 akan berlangsung pada hari Sabtu, 28 Januari 2023 pada jam 9.00 pagi di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa, USM yang mana pihak USM mengalu-akukan dan menjemput kesemua alumninya untuk menghadiri AGM tersebut.

perkasa3

AGM PAUSM akan turut dihadiri oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Sumber: Facebook Universiti Sains Malaysia

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia