PPPJJ USM TERIMA SUMBANGAN ANUGERAH HADIAH PINGAT EMAS BERJUMLAH RM33,000

USM Pulau Pinang, 8 Februari 2023 - Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) Universiti Sains Malaysia (USM) amat bertuah kerana telah menerima sumbangan daripada Orang Besar Enam Belas, YDH Toh Indera Jaya Dato’ Ishak Haji Mohamed.

PPPJJ1
Sebanyak RM33,000 disumbangkan oleh beliau untuk Anugerah Hadiah Pingat Emas kepada pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) USM.

Sumbangan ini diadakan dalam satu majlis apresiasi ringkas kepada YDH Toh Indera Jaya Dato’ Ishak Haji Mohamed yang merupakan alumni USM 1983 di Minden11800 hari ini.

Hadir mewakili USM menerima sumbangan tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman dan turut dihadiri oleh Dekan PPPJJ Profesor Madya Dr. Zulnaidi Bin Yaacob; Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa PPPJJ Dr. Hazrul Abdul Hamid; Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni Puan Sharifah Darweena; Timbalan Pendaftar PPPJJ Encik Mohd Rashid B. Abdul Rejab; dan Penolong Pendaftar Kanan Nor Rafizah Md Zain.

PPPJJ2Pihak PPPJJ juga menyeru agar lebih ramai penyumbang Hadiah Pingat Emas dan Hadiah Buku untuk pelajar RPJJ sebegini dapat diperolehi lagi pada masa akan datang melalui para alumni atau umum.

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah & Nor Rafizah Md Zain
Photo : PPPJJ USM

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia