BENGKEL PERSEDIAAN MAJLIS MALAM ALUMNI NEGARA (MAN 2023)

Kuala Terengganu, 30 Januari 2023 – Majlis Alumni Universiti Awam (MAlumni) telah menganjurkan Bengkel Persediaan Majlis Malam Alumni Negara (MAN2023) bertempat di Elysium, Kuala Terengganu Drawbridge, Terengganu.

UMT 1

 

Sebanyak 18 buah Universiti Awam (UA) telah hadir ke Bengkel anjuran bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Bengkel dimulai dengan jamuan makan malam anjuran Pusat Alumni Universiti Malaysia Terengganu serta dihadiri YBrs Profesor ChM. Dr. Marinah Mohd Ariffin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT bersama YBrs Profesor Madya Dr. Yusof Shuaib Ibrahim, Pengarah Pusat Alumni UMT yang mengalu-alukan kepada semua wakil yang hadir ke Bengkel MAN2023. Beliau berharap majlis yang bakal diadakan ini dapat sambutan yang memberangsangkan dari semua UA.

 

UMT 2

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Malumni Profesor Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) selaku. Beliau turut mengalu-alukan kedatangan peserta dan berharap bengkel ini akan mencapai objetif yang dikehendaki.

Sementara itu pada bengkel yang sama, turut diusulkan cadangan tempat dan tarikh yang baharu bagi MAN2023. Beberapa jawatankuasa telah dibentuk diantaranya jawatankuasa penajaan, media dan promosi, penerbitan, pengurusan acara dan persembahan serta lain-lain lagi.

 

UMT 3

Bengkel ini turut dihadiri Cik Idura Yaakup wakil dari Bahagian Mahasiswa Holistik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Teks: Syahnaz Riza Sukor

Foto: Pusat Alumni UMT

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia