KUNJUNGAN HORMAT ADC KE JABATAN PERHUBUNGAN ALUMNI, PUSAT PEMBANGUNAN PELAJAR (PPP) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

 

UNIMAS, 10 Mac 2023 - Delegasi Pusat Pembangunan Alumni (ADC) yang diketuai oleh Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal, Penyelaras ADC telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Perhubungan Alumni, PPP UNIMAS.

BERITA1A

 

Kunjungan hormat daripada pihak PPP telah disambut mesra oleh Anisah Marais, Penolong Pendaftar Kanan serta beberapa staf di PPP yang mewakili Profesor Madya Dr. Faisal Ali Anwarali Khan, Pengarah PPP yang tidak dapat turut serta kerana tugasan di luar.

Kunjung hormat ini bertujuan untuk melihat pengurusan pejabat serta penganjuran bersama program-program pembangunan pelajar yang dikelolakan oleh PPP. Inisiatif kunjung hormat ini merupakan salah satu portfolio di dalam MaLUMNI dimana setiap Pusat Alumni dapat berkongsi maklumat mengenai perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan alumni.

 

BERITA1B

Turut serta dalam kunjungan hormat ini adalah Syahnaz Riza Sukor, Penolong Pendaftar Kanan serta para pegawai daripada pihak UNIMAS.Pada majlis yang sama pihak UNIMAS telah menyediakan kuih tradisional Sarawak yang dikenali sebagai celorot iaitu sejenis kuih yang diperbuat dari tepung beras bersama santan serta dibungkus dengan janur atau kelapa.

Teks: Syahnaz Riza Sukor

Suntingan: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal

Foto: Syahnaz Riza dan PPP,UNIMAS

 

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia