“KOPI SESSION” BERSAMA ALUMNI USM@UNIMAS

UNIMAS, 10 Mac – Pusat Pembangunan Alumni (PPA) telah mengadakan satu perjumpaan santai bersama para alumni Universiti Sains Malaysia (USM) yang berkhidmat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertempat di Richiamo, Cafe Siswa UNIMAS.

Perjumpaan yang dihadiri oleh mantan Timbalan Naib Canselor BHEPA, Profesor Dr. Kamarudin Kana yang meruapakan alumni Pusat Pengajian Sains Kesihatan 2003, Profesor Madya Dr. Khairul Adha A. Rahim, alumni Pusat Pengajian Sains Kajihayat 1993, Dr Ringah Anak Kanyan, Timbalan Dekan (Industri dan Komuniti Jaringan) alumni Pusat Pengajian Seni 2022 serta beberapa alumni lain dari pelbagai bidang turut hadir memeriahkan sesi tersebut.

 BERITA2A

“Sesi santai bersama alumni ini akan dilakukan dari masa ke semasa bagi mengeratkan jaringan para alumni dengan pihak Universiti” kata Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal, Penyelaras PPA.

Sharifah turut memaklumkan bahawa PPA berfungsi sebagai pusat untuk menghubungkan para alumni secara keseluruhannya serta menjaga pangkalan data para alumni. Selain itu PPA akan mengeluarkan Alumni Bulletin dan video Alumni Insight sebanyak 3 (tiga) kali setahun.

 BERITA2B

Dalam pertemuan itu juga, wakil Persatuan Alumni USM (PAUSM) serta Persatuan Alumni USM Sarawak (PaUSM Sarawak) En Muhammad Iqbal Ismail turut mengambil peluang untuk membentangkan perancangan Persatuan Alumni dalam usaha mengetangahkan dan menyerlahkan keterlihatan Persatuan Alumni dalam menyumbang kembali kepada Universiti.

 BERITA2C

Justeru, sokongan dan komitmen yang tinggi daripada para alumni dalam setiap program yang akan diadakan oleh pihak Universiti dan juga Persatuan Alumni, khususnya program-program yang berkaitan dengan alumni amatlah dialu-alukan.

 BERITA2D

Pada majlis yang sama, para alumni turut bertanya khabar mengenai tempat-tempat di kampus Induk, kampus Kejuruteraan serta kampus Kesihatan. Mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing semasa bergelar mahasiswa dan mahasiswi USM.

Teks: Syahnaz Riza Sukor

Suntingan: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal

Foto: Syahnaz Riza dan PPP,UNIMAS

 

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia