USM DAN UKM KONGSI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN ALUMNI

PULAU PINANG, 9 Februari 2023 – Pusat Pembangunan Alumni (ADC) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima lawatan penanda aras dari delegasi Pusat Perhubungan Alumni (PPA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan alumni kedua-dua buah universiti.

 

UKM1

Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Profesor Dr. Azlinda Azman hadir dan mengalu-alukan delegasi ke USM. Azlinda turut memberi penerangan ringkas mengenai jaringan antara Jabatan di USM serta peranan Alumni Ambassador di setiap Pusat Pengajian yang berfungsi untuk membantu ADC meningkatkan jaringan kerjasama bersama Alumni dan pihak Industri. PPA UKM diketuai oleh Timbalan Pengarah (Aktiviti & Jaringan) yang menjalankan tugas Pengarah PPA, Dr. Hilwa Abdullah@Mohd Nor hadir bersama lima pegawai PPA.

 

UKM2

Hilwa berkata tujuan utama mereka mengadakan lawatan ini adalah untuk berkongsi amalam terbaik dalam pengurusan alumni serta tatacara pengurusan aktiviti anjuran ADC. “Saya berharap kita dapat berkongsi pendapat mengenai amalan terbaik pengurusan Alumni serta perkongsian sistem dan data Alumni yang berkesan” kata Hilwa.

UKM3

Disamping itu, Penyelaras ADC USM Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal turut membuat pembentangan pelan tindakan dan perancangan aktiviti ADC sepanjang tahun 2023 serta pencapaian terdahulu.

UKM4

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Penjanaan dan Pemasaran) PPA Dr. Seri Mastura Mustaza dan staf ADC.

Teks: Syahnaz Riza Sukor

Suntingan : Nor Rafizah Hj Md Zain

Foto : Mohd Fairus Md Isa

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia