ALUMNI SAMPAIKAN BANTUAN KHAS ZAKAT KEPADA PELAJAR USM

4
USM PULAU PINANG, 19 Mei 2023 : Unit Kebajikan Pelajar & OKU melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) dengan kerjasama Alumni Universiti Sains Malaysia telah menjayakan Majlis Serahan Bantuan Khas Zakat kepada pelajar B40.
 
2
Hadir sama ke majlis ini ialah Profesor Dr. Azlinda Binti Azman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Cik Jelfariny Mohd Jelahni, Timbalan Pendaftar BHEPA, Cik Sheilawanis Abdul Karim, Ketua Unit Kebajikan Pelajar & OKU, Cik Azmien Ielia Mohd Khairunizan, Pegawai Pusat Pembangunan Alumni (ADC), dan warga BHEPA.
7
 
Bantuan Khas Zakat Pelajar berjaya diagihkan berjumlah RM500.00 kepada 80 pelajar B40 USM meliputi anak yatim dan asnaf. Dalam pada itu, Encik Idrus Mohd Shuhud, wakil Alumni USM mengambil kesempatan berkongsi pengalaman dan motivasi kepada semua pelajar untuk sentiasa meningkatkan kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, ilmu kepimpinan, penyelesaian masalah dalam membuat keputusan yang menjadi medium terbaik untuk maju ke hadapan serta mampu menempatkan diri apabila berada di alam pekerjaan kelak.
 
3
Jutaan terima Kasih kepada Alumni USM yang terdiri daripada Encik Abu Muttalib Hussein, Encik Md Rosli Said, Encik Idrus Mohd Shuhud, Encik Kamal Hisham Kamaludin, Encik Khairul Anuar Osman dan Encik Mohamad Kamal Ithnin sudi berkongsi rezeki melalui pemberian zakat ini.
6
Semoga inisiatif ini mampu memberi kesan positif buat pelajar dan seiring menepati misi dan visi USM iaitu memastikan golongan terkebawah sentiasa mendapat perhatian sewajarnya.
 
Teks : Muhammad Faiz Aiman Farizon,
Unit Kebajikan Pelajar dan OKU, BHEPA
Foto : MuhammadFikri
Disediakan oleh : Unit Media dan Dokumentasi BHEPA
Sumber: Facebook BHEPA USM

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia