BENGKEL GERAK KERJA MALAM ALUMNI (MAL 2023) DI UNIVERSITI MALAYA

347453918 1449870942491696 4247742700213525758 n

Universiti Malaya,18 April- Pusat Perhubungan Alumni Universiti Malaya (UM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Gerak Kerja Malam Alumni (MAL 2023) yang kedua.

347841415 6207733419316122 5466439938882638577 n

Bengkel tersebut telah berjalan dengan lancar, dan dipengerusikan oleh Dr. Hazli Rafis Abd Rahim, Pengarah Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran UTeM selaku Pengarah Program MAL 2023.

347373570 970759260609731 5485140230571290504 n

Mesyuarat tersebut telah membincangkan mengenai pengurusan program MAL 2023 dari segi logistik, kategori anugerah, pengisian program serta perkembangan jawatankuasa masing-masing. Ahli bengkel terdiri dari Pengarah dan pegawai-pegawai daripada 20 Pusat Alumni Universiti Awam.

347265826 550506573943555 5060316338734725676 n

Aturacara program turut diisi dengan jamuan hari raya Raikan Syawal UM dan Makan Malam di Persatuan Alumni UM. Turut hadir pada Makan Malam tersebut adalah Pengerusi MAlumni, Prof. Madya Dr. Raman Noordin Timbalan Naib Canselor HEPA Universiti Malaysia Sabah, Timbalan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif serta Timbalan Naib Canselor UM, Prof. Sabri Musa.

347469091 148493374761565 8735134265945929078 n 347835053 6742720935756142 4320895278681381743 n

Teks: Sharifah Darweena Binti Syed Ahmad Amir Feisal

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia