MESYUARAT MAJLIS ALUMNI UNIVERSITI AWAM BIL.1/2023

WhatsApp Image 2023 05 26 at 5.15.54 PM

Universiti Malaya, 19 Mei 2023 – Majlis Alumni Universiti Awam (MAlumni) telah diadakan di Bilik Court, Universiti Malaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) selaku Pengerusi Majlis Alumni UA. Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Y.Bhg Profesor Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

Pengerusi juga turut mendengar pembentangan dari setiap Kluster yang terdiri dari Teras Alumni, Teras Jaringan Industri & Masyarakat dan Teras Kerjaya. Dalam mesyuarat yang sama Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran Pengarah dan pegawai dari Pusat Alumni yang baru dilantik.

Mesyuarat juga dimaklumkan mengenai perkembangan Majlis Malam Alumni (MAL2023) oleh Dr.Hazli Rafis Abdul Rahim, Pengarah Pusat Pengurusan Alumni & Kebolehpasaran Graduan UTEM mengenai laporan Majlis Malam Alumni (MAL2023) yang dijadualkan pada September 2023. Dr. Rafis mengemaskini pengurusan Majlis Malam Alumni (MAL2023) serta perkembangan terkini mengikut jawatankuasa yang telah dibentuk seperti penajaan, penerbitan, jemputan dan protokol, logistik dan lain-lain jawatankuasa. Beliau turut memaklumkan mengenai BMH telah memberi sumbangan sebanyak RM50,000 bagi MAL2023.

Mengakhiri mesyuarat, pihak MAlumni mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Nur Muhaymin Mahayuddin, Ketua Pusat Hubungan Alumni UM yang menjadi penganjur untuk pada kali ini dengan jayanya dan seterusnya mengucapkan selamat maju jaya kepada Nur Muhaymin kerana telah ditawarkan ke jawatan yang lebih baik.

Mesyuarat disertai oleh semua Pengarah dan Pegawai Pusat Alumni Universiti Awam.

Teks dan gambar: Syahnaz Riza Sukor

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia