PPAKG ANJUR BENGKEL PERSDIAAN MAL'23

Melaka, 12 Julai – Bengkel Persediaan Penganjuran Malam Alumni 2023 (MAL’23) telah dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan (PPAKG), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) bertempat di Perpustakaan Laman Hikmah UTeM, Melaka.

WhatsApp Image 2023 07 14 at 10.01.42 AM
Bengkel tersebut telah diketuai oleh Dr. Hazli Rafis Abdul Rahim, Pengarah PPAKG yang juga merupakan pengarah projek bagi MAL’23. Objektif bengkel tersebut adalah bagi mendapatkan laporan terkini serta perkara-perkara berbangkit daripada 10 jawatankuasa yang ditubuhkan.

WhatsApp Image 2023 07 14 at 10.03.46 AM

Lebih 40 orang peserta yang terdiri daripada pengarah-pengarah dan pegawai daripada 20 buah Universiti Awam. Setelah mendapatkan laporan daripada setiap jawatankuasa, peserta dibawa untuk melawat Courtyard by Marriott bagi merangka persiapan program MAL’23 bersama pihak hotel.

WhatsApp Image 2023 07 14 at 10.04.27 AM
Turut hadir pada lawatan tapak ini, Profesor Madya Dr. Raman Noordin, Pengerusi MAlumni, Puan Nur Hayuna Abd Karim dan Cik Idura Yaakup yang merupakan wakil daripada Jabatan Pengajian Tinggi. Peserta kemudiannya dibawa ke Parameswara Ikan Bakar bagi jamuan makan malam.

Teks: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal
Foto:MAlumni

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia