UTeM JADI TUAN RUMAH BAGI MESYUARAT MALUMNI

UTem Tuan Rumah

Melaka, 13 Julai- Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan (PPAKG), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Majlis Alumni Bil 2.2023. Mesyuarat telah diadakan di Perpustakaan Laman Hikmah UTeM, Melaka.

Mesyuarat tersebut telah berjalan dengan lancar, dengan dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Raman Noordin, Timbalah Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Sabah yang juga merupakan Pengerusi Majlis Alumni (MAlumni). Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk program-program teras alumni, hala tuju dan perkembangan isu semasa. Ahli mesyuarat terdiri dari pengarah-pengarah Pusat Alumni daripada 20 Universiti awam.

Turut hadir sebagai jemputan adalah Y.Bhg. Profesor Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor HEPA UTeM, Puan Nur Hayuna Abd Karim dan Cik Idura Yaakup yang merupakan wakil daripada Jabatan Pengajian Tinggi serta dua orang pegawai daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Teks: Sharifah Darweena Syed Ahmad Amir Feisal
Foto: MAlumni

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia