LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI UniMAP KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

WhatsApp Image 2023 09 26 at 5.02.53 PM

PULAU PINANG, 25 September 2023 – Pusat Pembangunan Alumni (ADC) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima lawatan penanda aras dari delegasi Pusat Perhubungan Alumni (PPA) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi berkongsi perihal struktur dan fungsi Pusat Alumni, kewangan dan pengurusan data.

WhatsApp Image 2023 09 26 at 5.04.18 PM 2  WhatsApp Image 2023 09 26 at 5.04.18 PM 1 

Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni (ADC), Puan Sharifah Darweena menyambut delegasi dengan sesi pembentangan pelan tindakan serta aktiviti ADC sepanjang tahun 2023 serta pencapaian terdahulu.

Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UniMAP, Dr.Khairul Anwar Abdul Halim turut berkongsi perihal pengurusan data alumni serta sistem yang digunakan oleh ADC. Khairul Anwar berkata tujuan utama mereka mengadakan lawatan ini adalah untuk berkongsi mengenai fungsi pusat alumni serta perihal kewangan ADC. Beliau turut melawat sekitar bangunan The Bricks serta meninjau ke Anjung Budi, Pejabat Persatuan Alumni (PAUSM) serta ke ADC. Turut hadir ke perjumpaan ini pegawai dan staf ADC serta dua staf PPA, UniMAP.

WhatsApp Image 2023 09 26 at 5.04.18 PM

Teks: Syahnaz Riza Sukor
Foto : Mohd Fairus Md Isa

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia