ALUMNI USM, PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI ERAT SILATURRAHIM SELEPAS 24 TAHUN
Seramai 61 alumni Universiti Sains Malaysia (USM) bertemu kembali selepas 24 tahun menamatkan pengajian Sarjana Muda Komunikasi di universiti berkenaan. Pertemuan yang diadakan dalam majlis reunion (perjumpaan semula) baru-baru ini, diserikan dengan kehadiran kumpulan mantan yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor, Dekan, profesor dalam bidang Kewartawanan, Perhubungan Awam dan Penyiaran serta ramai lagi. Di adakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, majlis makan malam melibatkan alumni USM itu turut menjadi platform dalam menjalin semula ukhwah persahabatan sesama mereka.
Wakil alumni Komunikasi USM 96/99, Rahmahtunnisah Sailin berkata, reunion kali ini amat bermakna kerana kebanyakan alumni menghampiri usia 50 tahun. “Pelbagai pengalaman yang dikongsi antara kami sepanjang program berlangsung. “Kemesraan, tingkah laku dan cara berkomunikasi masih sama ketika di usia remaja. Wajarlah ia diadakan lagi untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sedia ada,” ujarnya yang juga pensyarah Program Komunikasi, Universiti Islam Selangor (UIS).
Teks & Foto: Berita Sinar Harian
(ID)