PENGERUSI LGU RASMI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-27 PERSATUAN ALUMNI USM

1
 
USM PULAU PINANG, 3 Februari 2024 :- Persatuan Alumni USM (PAUSM) pagi ini mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-27 di Anjung Budi, Kompleks Alumni, USM Pulau Pinang. Mesyuarat kali ini memecahkan tradisi di mana telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti, Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin.
 
3
 
Turut hadir ke perasmian ini adalah Naib Canselor USM, Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.
 
5
 
Dalam ucapan perasmian beliau, Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin memaklumkan bahawa beliau menyantuni jemputan para Alumni pada tahun ini sebagai menunjukan sifat kebersamaan 'sense of belongings' beliau kepada semua alumni sebuah universiti yang beliau pernah berkhidmat suatu ketika dahulu di awal 1980an.
 
Awang Adek seterusnya mencadangkan agar Persatuan Alumni ini boleh dikembangkan lagi fungsi dan peranannya untuk menyokong pembangunan dan kemajuan universiti sama seperti peranan yang diamalkan oleh alumni-alumni universiti tersohor di luar negara.
 
4
 
Beliau mencadangkan juga agar pihak BHEPA boleh bersama-sama membantu PAUSM utk mengumpul semua tokoh-tokoh negarawan Alumni USM ke Kampus Minden untuk mereka luangkan masa mengenang masa lalu bersama nostalgia kemahasiswaan masa lalu. Sesungguhnya nostalgia di Alma Mater adalah unik dan amat peribadi buat semua.
 
Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih dan penghargaan buat delegasi Alumni USM Acheh Indonesia yang sudi hadir ke mesyuarat kali ini. Delegasi Acheh Indonesia di Ketuai oleh Prof. Jasman J. Ma'ruf, Ketua Umum IKA-USM (Ikatan Alumni USM) Aceh, Indonesia.
 
Untuk makluman, jumlah terkini alumni USM adalah seramai 190,000 orang yang terdiri daripada : Sarjana Muda 150,000 orang, pasca siswazah 40,000 orang. Daripada jumlah itu, alumni antarabangsa adalah seramai 8,800 orang, staf USM 7,900 orang dan alumni yang aktif terkini seramai 73,000 orang.
6
 
PAUSM diharapkan akan menjadi satu entiti kebanggaan universiti untuk terus memperkasa tahap persaudaraan semua alumni disamping menjadi wadah pengukuhan semangat satu USM yang sentiasa menjadi dokongan warganya sesuai dengan Moto keramat nya 'KAMI MEMIMPIN'.
 
Mesyuarat pada kali ini menyaksikan Presiden PAUSM Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dipilih semula sebagai Presiden untuk penggal baru 2024-2026.
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah, Pusat Pembangunan Bakat (TDC) BHEPA
Foto : Facebook Datuk Wa & Unit Media dan Dokumentasi BHEPA
Sumber: BHEPA USM

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia