KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI IKATAN ALUMNI USM SUMATERA UTARA, INDONESIA KE UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

USM PULAU PINANG, 22 April 2024 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pembangunan Alumni (ADC), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Ikatan Alumni USM Sumatera (IKA-USM) Sumatera Utara, Indonesia.
 
Delegasi ini diketuai oleh Profesor Dr. Lusiana Andriani Lubis serta diiringi oleh Dr. Amelia Zuliyanti Siregar, Setiausaha IKA-USM, Dr. Ir. Nismah Panjaitan, Bendahari IKA-USM dan Dr. Rahmat W. Sembiring selaku wakil Ketua IKA-USM berserta 4 ahli IKA-USM yang juga merupakan graduan-graduan USM suatu masa dahulu.
 
Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia telah mempengerusikan lawatan tersebut bertempat di Bilik Persidangan Canselori (CCR) yang turut dihadiri bersama oleh Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Prof. Dr. Azlan Abdul Aziz, Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan Encik Ahmad Wafi Sahedan, Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni dan Cik Syahnaz Riza Sukor, Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pembangunan Alumni.
 
Dalam sesi lawatan tersebut, beberapa perkara telah dibincangkan bersama antaranya ialah hubungan kerjasama antara pihak IKA USM di Sumatera Utara bersama Universiti Sains Malaysia di dalam beberapa perkara termasuklah dalam bidang penyelidikan, akademik dan aktiviti komuniti alumni.
 
Teks: Syahnaz Riza Sukor,
Pusat Pembangunan Alumni, BHEPA
Foto : Nirmaryadi Rashid,
Unit Media dan Penerbitan BHEPA
kunjugan1
 
kunjungan 2
 
kunjugan 3
 
kunjungan 4
 

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia