18 PUSAT ALUMNI UNIVERSITI AWAM ADAKAN PERTEMUAN, BINCANG PENAMBAHBAIKAN AMALAN PENGURUSAN

USM PULAU PINANG, 30 April 2024 :- Pusat Pembangunan Alumni (ADC) USM telah menghadiri Bengkel Perancangan Strategik Majlis Alumni Universiti Awam (UA) yang berlangsung di Galeri Majlis,Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 25 April 2024 baru-baru ini.
 
Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, selaku Pengerusi Majlis Alumni Universiti Awam (MALUMNI). Turut hadir adalah Pengarah dan Pegawai dari 18 Pusat Alumni universiti awam, Puan Aida dan Cik Idura Yaakob, wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar (KPT).
 
Antara yang dibincangkan di dalam bengkel ini adalah semakan garis panduan pengurusan alumni UA, cadangan pemotongan gaji Alumni UA oleh wakil dari UPM dan cadangan Konvensyen Keusahawanan Alumni UA oleh UNIMAS.
 
Turut dibincangkan adalah mengenai Majlis Makan Malam Alumni (MAL2023) yang tertangguh dan akan dilaksanakan pada 17 Ogos nanti bertempat di Melaka yang akan dihadiri oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi sendiri.
 
ADC turut mengambil peluang dengan menganjurkan Program Raikan Raya bersama Alumni USM yang berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program ini dihadiri oleh 20 orang staf UMS yang terdiri daripada kalangan staf akademik dan juga pentadbiran. Kebanyakan mereka berkongsi pengalaman dan masih mengingati pelbagai kenangan manis dan pahit semasa belajar di USM.
 
Mereka turut teruja dengan pembangunan serta penambahbaikan yang dijalankan di USM. Masing-masing masih mengingati lagu Menara Ilmu tercinta yang terpahat di hati mereka.
 
Pihak ADC akan terus menjalinkan hubungan dengan alumni-alumni USM yang berada di Sabah terutama yang berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Teks dan gambar: Syahnaz Riza Sukor
Suntingan : Ahmad Wafi Saberan
Pusat Pembangunan Alumni (ADC) BHEPA
Unit Media dan Penerbitan BHEPA
FB IMG 1714447147522
 
IMG 20240425 WA0038
 
IMG 20240425 WA0074
 
IMG 20240426 WA0032
 

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia