PAUSM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT DAN MESYUARAT BERSAMA TNC HEPA : PERKEMAS HALATUJU BERSAMA MAJU KAN ALUMNI DEMI KEBAIKAN UNIVERSITI

USM PULAU PINANG, 28 Mei 2024 :- Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Alumni USM (PAUSM) yang terdiri daripada enam orang yang diketuai oleh Presiden PAUSM, Dr. Maliki Mohamed Rapiee bertempat di bangunan pentadbiran BHEPA (H20).
 
Selain daripada mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara PAUSM dan BHEPA, tujuan perjumpaan santai ini diadakan adalah bagi membincangkan beberapa peluang kerjasama serta memperkukuhkan lagi hubungan rapat dan faedah bersama antara ahli-ahli PAUSM dan pengurusan BHEPA yang bertindak sebagai jabatan yang menguruskan kebajikan dan kepentingan alumni dan USM.
 
Kunjungan hormat dan mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni bagi membincangkan beberapa perkara antaranya ialah penambahbaikan kriteria utama pemilihan Tokoh Alumni USM, perbincangan lanjutan berkaitan kunjungan hormat pengurusan tertinggi USM ke Banda Acheh pada hujung Ogos 2024.
 
Perkara-perkara lain yang turut dibincangkan adalah libatsama PAUSM, Pusat Pembangunan Alumni dan USM dalam beberapa aktiviti yang berkaitan dengan alumni USM dan permohonan diskaun untuk alumni USM bagi penggunaan beberap fasiliti gunasama yang terdapat di USM.
 
Ini penting bagi menarik minat ahli-ahli alumni USM yang ingin melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi, cadangan diskaun yuran ahli alumni dan ahli keluarga terdekat alumni turut diutarakan oleh PAUSM.
Hadir bersama pada mesyuarat ini ialah Timbalan Presiden PAUSM, Encik Mustaqin Alpi, Puan Mu’azzah Ismail, Penolong Setiausaha PAUSM, Encik Kottham Lakshman Salasundram dan Encik Hanafi Jaharudin, AJK PAUSM, dan CIk Siti Nurliyana Mohamad, Sekretariat PAUSM manakala Pusat Pembangunan Alumni USM telah dihadiri oleh Encik Ahmad Wafi Sahedan, Penyelaras ADC dan barisan staf dan wakil Unit Kebajikan Pelajar & OKU, BHEPA.
 
Teks / Suntingan : Syahnaz Riza Sukor / Ahmad Wafi Sahedan
Pusat Pembangunan Alumni (ADC) USM
Foto : Nirmaryadi Rashid
Unit Media dan Penerbitan BHEPA
 
pausm2
 
PAusm1
 
pausm3
 
pausm4
 

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia