ALUMNI USM ZON UTARA ANJUR KEJOHANAN GOLF, KEKALKAN AKTIVITI SANTAI SECARA SIHAT

SUNGAI PETANI KEDAH, 4 Jun 2024 – Bagi mengekalkan hubungan sillaturrahim terus kekal walaupun sudah bergelar alumni USM, pelbagai aktiviti santai secara sihat telah dirancang oleh Alumni USM Zon Utara.

Bertempat di Cinta Sayang Golf Resort, Sungai Petani, Kedah, penganjuran Kejohanan Golf bagi Zon Utara yang merupakan acara tahunan telah dihadiri seramai 40 orang pemain golf yang terdiri daripada alumni USM yang dipengerusikan oleh Dato’ Ali Yahaya selaku penasihat dan turut dibantu oleh Dato’ Pak Sako @ Dato’ Ishak Haji Mohamed (Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan, 1983) selaku Penaung serta semua alumni.

Turut hadir ke kejohanan ini adalah Encik Ahmad Wafi Sahedan, Penyelaras Pusat Pembangunan Alumni sebagai mewakili Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni dan staf Pusat Pembangunan Alumni bertujuan untuk memperkukuhkan dan merapatkan lagi hubungan erat yang telah sekian lama terjalin.

Bagi meraikan semua tetamu alumni pada program tersebut, beberapa aktiviti lain turut diadakan semasa majlis makan tengah hari bagi menceriakan suasana santai seperti cabutan bertuah dan saling bertukar hadiah sesama mereka. Kejohanan berlangsung dengan jayanya dan selesai pada jam 1.30 petang.

Kali terakhir penganjuran Kejohanan Golf Jelajah Utara diadakan ialah pada 21 dan 22 Februari 2022 yang dihadiri oleh lebih 100 alumni dari pelbagai tahun graduasi.

Teks/foto : Syahnaz Riza Sukor,
Pusat Pembangunan Alumni BHEPA
Suntingan : Siti Ruhaida Mohamed Radhi,
Unit Media & Penerbitan BHEPA

golf 1

golf 3

golf 7

golf 2

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia