BENGKEL AKHIR PENGANJURAN MAJLIS MALAM ALUMNI UNIVERSITI AWAM [MAL’24]

Pulau Pinang, 15-16 Julai 2024 – Pusat Pembangunan Alumni (PPA) telah menjadi tuan rumah Bengkel Akhir Majlis Malam Alumni Universiti Awam (MAL’24) di Bilik Mesyuarat Utama, Sains@USM di Kampus Bukit Jambul. Bengkel ini dijalankan selama dua hari dan turut dihadiri oleh Y.Brs Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USM serta Y.Bhg Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamed Sharif Timbalan Naib Canselor, BHEPA Universiti Teknikal Melaka (UTEM) merangkap Timbalan Pengerusi MALUMNI.

Bengkel ini dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Raman Noordin,Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), selaku Pengerusi Majlis Alumni Universiti Awam (MALUMNI) bagi persediaan dan persiapan terakhir untuk Majlis Malam Alumni Universiti Awam (MAL’24) yang dijangka berlangsung di WTC pada 17 Ogos 2024 (Sabtu).

Bengkel ini turut dihadiri wakil dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Puan Nurul Aida Mohd Noordin dan Cik Siti Nur Shafiqah Fadzil. Diantara perkara yang dibincangkan dalam bengkel ini adalah mengenai penambahbaikan program di peringkat jawatankuasa serta pembentangan dari setiap ahli jawatankuasa bagi Majlis Malam 2024.

Bengkel ini juga turut dimeriahkan dengan majlis sambutan MALUMNI yang keempat dengan penganjuran majlis makan malam di Restoran Pen Mutiara. Sambutan Hari Alumni Universiti Awam disambut pada 18 Julai setiap tahun setelah Mesyuarat Sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor HEPA Bil.2/2020 telah meluluskan penubuhan Majlis Alumni Universiti Awam pada 18 Julai 2020. Maka, tarikh 18 Julai pada setiap tahun dipih bagi menyambut Hari Alumni Universiti Awam di seluruh Malaysia.

Di dalam bengkel ini juga telah dipersetujui oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Majlis Malam Alumni 2024 (MAL’24) akan diadakan di World Trade Centre (WTC) pada 17 Ogos 2024 dan akan dihadiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri Diraja Dr.Zambry Abd Kadir serta Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Y.Brs Prof. Dr.Azlinda Azman.

Teks: Syahnaz Riza Sukor

Suntingan: Ahmad Wafi Sahedan

Bengkel 1

Bengkel 2

Bengkel 3

Bengkel 4

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia