Bengkel Pemerkasaan Alumni USM Tahun 2025 bertempat di Amari SPICE Penang

USM Pulau Pinang, 13 Febuari 2025-Bengkel Pemerkasaan Alumni USM Tahun 2025 bertempat di Amari SPICE Penang.
         Bengkel ini disempurnakan oleh Profesor Dr. Shaharum Bin Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) serta melibatkan pegawai-pegawai kanan USM selaku peserta bengkel ini.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melihat semula garis panduan pengurusan alumni di peringkat USM serta membuat penambahbaikkan perancangan
 program atau aktiviti yang berkaitan alumni USM. Selain itu, bengkel ini juga adalah penting untuk memastikan koordinasi antara semua pihak dalam USM termasuklah Persatuan Alumni USM berjalan dengan lancar untuk mencapai agenda yang telah ditetapkan oleh USM. Diharapkan bengkel ini dapat memperkasakan lagi alumni dan memantapkan pengurusan alumni serta mencapai matlamat seiring dengan visi dan misi USM.
 
bengkel 1
 
bengkel 2
 
bengkel 3
 
bengkel 6
 
bengkel 5
 

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia