Majlis Hi Tea dan Ramah Mesra bersama mahasiswa/I Anak Pahang di USM anjuran bersama PERDAMA USM dan BHEPA USM

21hb Februari 2025 - YAB Dato’ Seri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang telah hadir ke USM bagi menghadiri Majlis Hi Tea dan Ramah Mesra bersama mahasiswa/I Anak Pahang di USM anjuran bersama PERDAMA USM dan BHEPA USM. Dato’ Seri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail juga merupakan alumni USM pada tahun 1995 dalam bidang Sains Kemasyarakatan dari Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.
 
Dalam majlis ini juga, Dato’ Seri Diraja Wan Rosdy telah dianugerahkan Tokoh Alumni pada peringkat Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh dan anugerah ini telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed, Naib Canselor USM dan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Zulnaidi bin Yaacob, Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.
 
Selain itu, Dato’ Seri Naib Canselor juga telah menyampaikan cenderamata dari Pusat Pembangunan Alumni USM dan Unit Peneraju Inovasi Sosial dan Pemindahan Ilmu kepada Dato’ Seri Menteri Besar Pahang.
 
Semoga ukhwah dan ikatan yang dijalinkan ini akan dapat terus membantu USM mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.
phng4
phng7
phng6

© 2020 - Alumni Development Centre. Universiti Sains Malaysia